💪 Rutin senaman rumahan percuma dengan latihan litar, kardio dan lain-lain.

Versi Terbaru

Versi
Memperbarui
7 Mar 2021
Developer
Google Play ID
Instal
10.000+

App APKs

FITFIT: Senaman Rumahan APP

FitFit adalah aplikasi senaman kecergasan percuma yang membantu anda miliki tubuh idaman dihujung jari. Nikmati rutin-rutin senaman di rumah secara PERCUMA, atau dapatkan pelan latihan peribadi PREMIUM yang unik untuk anda. Latihan kami sesuai untuk lelaki & wanita, walaupun anda hanya seorang pemula.
< Hanya terdapat dalam antaramuka bahasa Inggeris >


🏅 PELAN LATIHAN PERIBADI 🏋️
【Percuma untuk masa terhad sahaja】
Direka khas oleh algoritma latihan pintar FitFit - iaitu pelatih peribadi (PT) digital anda berdasarkan tujuan senaman, tahap kecergasan & bahagian badan yang ingin anda fokuskan. Sama ada tujuan anda adalah untuk menurunkan berat badan, membina badan, ataupun membentuk tubuh & kekal kesihatan diri, kami akan membimbing anda melalui repetisi, set & masa rehat yang betul untuk setiap sesi latihan.

Pelan mingguan terdiri daripada latihan kekuatan dan senaman kardio untuk menguatkan stamina & memaksimumkan hasil anda. Pelan latihan anda akan disesuai & dimajukan secara automatik mengikut maklum balas anda.


🏠 RUTIN SENAMAN DI RUMAH
Layani senarai senaman FitFit yang PERCUMA untuk semua tahap kecergasan - dari Beginner hingga Guru, dirancangkan dengan teliti oleh jurulatih. Rutin senaman bermula dari 7-30 minit dan dikategorikan mengikut jenis (seperti kardio, perenggangan, senaman cepat…) & fokus bahagian badan (seperti perut, dada, lengan, kaki…). Tidak kira sama ada anda lebih suka tabata, HIIT, latihan kekuatan atau ingin melatih bahagian badan tertentu, pasti ada latihan yang sesuai untuk anda.
Rutin-rutin senaman baru akan ditambah setiap bulan.


🔥 CARA SENAMAN TANPA PERALATAN
330+ cara-cara senaman di rumah yang hanya memerlukan berat badan anda atau peralatan asas seperti tikar yoga, tuala & bangku/kerusi sahaja. Walaupun dumbbell adalah tidak wajib, tetapi kami mengesyorkan anda untuk mendapatkan satu pasang untuk mencapai hasil latihan yang terbaik.
Senaman pemanasan & peregangan badan juga tersedia untuk mengurangkan kecederaan dan membantu pemulihan otot.


🎥 PANDUAN SENAMAN VIDEO
Setiap latihan dilengkapi dengan panduan video untuk menunjukkan cara senaman yang betul, dan berserta dengan arahan & petunjuk teks yang terperinci. Bahagian badan yang disasar dan petua-petua keselamatan juga tersedia ada. Pastikan anda menjalankan latihan dengan teknik yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik.


Tiada kejayaan yang datang tanpa sebarang usaha. Bentukkan tabiat yang sihat dari 7 minit dengan FitFit di mana-mana & pada bila-bila masa sahaja. Saksikan perubahan badan anda dan berubah menjadi versi diri yang terbaik.
Muat turun & mulai perjalanan fitness anda sekarang. 💪🏼

----------

Dasar privasi: https://www.fitfitapp.co/privacy-policy
Syarat-syarat penggunaan: https://www.fitfitapp.co/terms-of-use
Facebook/Instagram: @fitfitapp
Baca selengkapnya

Iklan