Neten GAME
Selesaikan teka-teki numbur dengan hanya menggunakan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Jawapan akhir haruslah menjadi 10.
Arahan:
Tekan dan heret dari posisi asal ke posisi di antara dua numbur.
Posisi asal adalah penting untuk membezakan operasi yang akan dilakukan kepada dua numbur tersebut.
Kalau diheret dari kiri atas, operasi tambah akan dilakukan.
Kalau dari kanan atas, operasi tolak.
Kalau dari kiri bawah, operasi darab.
Kalau dari kanan bawah, operasi bahagi.
Tekan tempat kosong di sisi untuk mengembalikan teka-teki satu langkah balik.
Tekan numbur dan heretkan ia ke kana atau ke kiri untuk menukarkan posisi ia.
Sila rujuk gambar sebagai rujukan.
Ciri-ciri:
Latar belakang yang dijanakan oleh program bertukar-tukar mengikut masa.
Musik yang menarik.
Teka-teki yang mencabar.
Reka bentuk minimalis
Antara muka pengguna minimalis
Bertanding dengan rakan-rakan anda untuk mendapatkan skor tertinggi di leaderboard.
Tiada bahasa asing digunakan dalam permainan ini (Hanya dua ayat hadir, nama aplikasi dan nama pena saya).