Aplikasi bagi Gaya Hidup Sihat Insaniah (GHSi)
MODEL GAYA HIDUP SIHAT INSANIAH (GHS-i) hanyalah salah satu daripada penyusunan Model Pengurusan Kesihatan Islam, bukanya satu-satu modeliti kaedah rawatan. GHS-i berusaha untuk membimbing masyarakat awam untuk mengurus kehidupan kembali kepada fitrah semulajadi, sebaik mana sekali pun modaliti, kaedah, bahan dan aplikasi rawatan/penyelesaian kehidupan adalah tidak memberi manafaat yang besar selagi masyarakat awam/pesakit tidak berusaha untuk mengubah gaya hidup mereka. Apabila kita berbicara berkaitan dengan gaya hidup, sudah semestinya tiada cara hidup yang lebih baik dan sempurna melainkan apa yang telah disyariatkan oleh ALLAH S.W.T melalui DEEN yang suci murni iaitu ISLAM. Mengambil hikmah pengkajian ilmiah di sebalik asas pensyariatan Islam melalui 5 asas Rukun Islam (Syahadah, Solat, Puasa, Zakat dan Haji) dan Rahsia Penciptaan Manusia (4 Prinsip Asas Seni Sains Insaniah), maka dibangunkan satu model Pengurusan Kesihatan Islam ini, iaitu Model Gaya Hidup Sihat Insaniah (GHS-i)
Baca selengkapnya
Iklan
Iklan