Aplikasi ini telah dibangunkan untuk kemudahan membuat tempahan fasiliti MBMB

Versi Terbaru

Versi
Memperbarui
26 Agt 2024
Developer
Kategori
Google Play ID
Instal
1.000+

Aplikasi Bandarayaku APP

Aplikasi "BandarayaKu" telah dibangunkan untuk kemudahan orang ramai membuat tempahan fasiliti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (dewan/gelanggang/stadium/kolam renang) tanpa perlu hadir ke kaunter. Tempahan ini dibenarkan bagi tujuan kegunaan sukan dan bukan sukan dan boleh dilakukan melalui web (https://bandarayaku.mbmb.gov.my) atau dengan memuat turun aplikasi "BandarayaKu" daripada Google Playstore atau IOS Appstore.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merupakan salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Melaka yang mentadbir dalam kawasan Melaka Tengah. Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan bagi kesejahteraan masyarakat setempat selaras dengan visi MBMB iaitu ‘Bandaraya Bersejarah Lestari Dan Pintar’ dan misi untuk ‘Memacu Bandaraya Warisan Berdaya Huni Melalui Tadbir Urus Perbandaran Yang Efisien Dan Responsif’.

Aplikasi "BandarayaKu" merupakan salah satu inisiatif yang dibangunkan untuk kemudahan orang ramai membuat tempahan fasiliti (dewan/ gelanggang/ stadium/ kolam renang) tanpa perlu hadir ke kaunter. Tempahan ini dibenarkan bagi tujuan kegunaan sukan dan bukan sukan dan boleh dilakukan melalui web (https://bandarayaku.mbmb.gov.my) atau dengan memuat turun aplikasi "BandarayaKu" daripada Google Playstore atau IOS Appstore.

Aplikasi ini memaparkan keseluruhan dewan/ gelanggang/ stadium/ kolam renang yang berada di bawah tanggungjawab MBMB yang boleh digunakan untuk kegunaan awam. Pengguna aplikasi perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum boleh membuat tempahan. Pendaftaran adalah percuma.

Kadar tempahan yang berbeza dikenakan mengikut jenis kemudahan, tujuan kegunaan dan pakej yang disediakan. Pengguna boleh membuat bayaran tempahan menggunakan e-wallet atau Sistem Pembayaran MyFPX MBMB. Tempahan yang berjaya akan menerima notifikasi di peti simpanan mesej yang disediakan di dalam aplikasi ini.

MBMB komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. “BandarayaKu” akan terus diperluaskan dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain demi kesejahteraan masyarakat setempat khasnya.
Baca selengkapnya

Iklan