Hilal Calc 3.0 APP
App ringkas untuk menentukan kenampakan/kewujudan Anak Bulan atau Hilal ketika matahari terbenam untuk menjangkakan hari pertama bulan Hijri berikutnya. Sesuai untuk aktiviti cerapan/rukyah Hilal. Dilengkapi dengan data efemeris untuk aktiviti cerapan. Lokasi di latitud tinggi (utara dan selatan) mungkin berlaku ralat. Pilih tarikh hijri, pilih kriteria kenampakan (Maklumat lanjut di sini: http://www.islamicmoon.com/Moonsighting%20Visibility%20Advice.htm) kemudian tekan EXE. Penggunaan internasional sesuainya menggunakan kriteria Odeh 2005. Terima kasih.