Doket Pahang Enforcer APP
Menggunakan Doket Enforcer, para penguat kuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Pentadbiran Daerah dan Tanah (PDT) boleh menjalankan tugas dengan lebih terjamin disebabkan fungsi-fungsi berikut:
Imbas maklumat penghantaran bahan galian menerusi kod QR
Semak pergerakan keluar masuk lori di hujung jari
Peroleh maklumat menerusi pangkalan data digital untuk memastikan hanya lori yang sah dan berdaftar boleh melakukan penghantaran bahan galian
Penghantaran bahan galian memerlukan penguatkuasaan ketat PTG dan PDT. Ini kerana bahan galian merupakan bahan berharga dan ada juga yang berisiko tinggi. Maka dengan itu, pihak penguat kuasa perlu memantau pergerakan penghantaran bahan galian agar bahan tersebut dihantar ke tempat yang sepatutnya.